Latar Belakang Ibrahim Haji Yaakob
Latar Belakang Ibrahim Haji Yaakob
Ibrahim Yaakob
Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.
Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Matlamat Kesatuan Melayu Muda adalah mencapai kemerdekaan bagi Malaya melalui penyatuan bersama Indonesia di bawah konsep Melayu Raya/Indonesia Raya..[1] Sebagai pengasas Kesatuan Melayu Muda, dia menyambut baik dan bekerjasama dengan pihak Jepun kerana dia percaya Jepun akan memberikan kemerdekaan pada Malaya dan secara aktif membantu Jepun melalui aktiviti gerakan kelima.[2] Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera. Ini menyebabkan Ibrahim Yaakob tidak dipercayai oleh pihak British dan mendorong Ibrahim Yaakob berhijrah dan menetap di Indonesia sehingga akhir hayatnya. Beliau merupakan tokoh terkenal di Tanah Melayu , pelbagai tempat bersejarah diletakkan bersempena nama beliau.
Keluarga
Ibrahim Yaakob berasal daripada keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh , Pahang sekitar tahun 1920-an. Ayahnya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapanya bercerai. Beliau dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana. Pada batu nesan isterinya tercatat nama Maria Kamel bin H Siraj lahir 15 Disember 1920 dan meninggal dunia pada 20 November 2002. Sejarawan Cheah Boon Keng mencatat nama isteri Ibrahim Yaacob sebagai Mariatun Haji Sirat.
Pendidikan
IBHY mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918 ketika berusia tujuh tahun. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di Pusat Latihan Perguruan di Kuantan, Pahang.

Post A Comment
Tidak ada komentar :